Air tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan manusia, peranannya dalam kesihatan manusia sangat besar. Di dalam air, erdapat 'Phatogenic organisma' yang boleh mengganggu kesihatan manusia, seperti; Salmonella typhi yang boleh menyebabkan penyakit demam typhoid, Sighella dysentriae yang menyebabkan penyakit disentri basiler, Salmonella paratyphi yang menyebabkan penyakit demam para typhoid. Di dalam air juga terdapat 'non phatogenic' organisma yang dapat mengganggu dan menimbulkan ketidakselesaan bagi manusia, seperti actinomycetes dan Algae yang terdapat dalam air kotor boleh menyebabkan rasa dan bau yang tidak dijangka.
Selain daripada itu, air sangat berguna bagi tubuh manusia. Tubuh manusia terdiri daripada air, sebanyak 60-70% dari berat badannya. Untuk orang dewasa, mereka memerlukan air 2.200 gram setiap hari. Kegunaan air bagi tubuh manusia antara lain untuk: proses pencernaan, metabolisme, membawa zat-zat makanan dalam tubuh, mengatur keseimbangan suhu badan, dan menjaga agar tubuh tidak kekeringan. Apabila badan kehilangan banyak air, maka akan mengakibatkan kematian. Sebagai contoh: pesakit penyakit taun.
Dengan perkembangan peradaban serta semakin bertambahnya jumlah penduduk di dunia ini, dengan secara tidak langsung menambah aktiviti kehidupan yang akan mengakibatkan pengotoran atau pencemaran air yang pada hakikatnya diperlukan. Pada zaman dahulu manusia hanya menggunakan peralatan yang sedia ada untuk mendapatkan air tanpa teknologi moden seperti sekarang. Dewasa ini, air sudah tercemar dan perlu menggunakan satu peralatan yang moden untuk mendapatkan air minum agar bebas daripada penyakit.
Berikut adalah sumber-sumber air:
Air laut mempunyai rasa masin, karena mengandung garam NaCl. Kadar garam NaCl dalam air laut 3%. Dengan keadaan ini air laut tidak memenuhi syarat untuk dijadikan sebagai air minum.
Air Hujan
Dengan adanya pengotoran udara yang disebabkan oleh kotoran-kotoran industri debu dan sebagainya, maka untuk menjadikan air hujan sebagai sumber air minum, air hujan tersebut tidak boleh ditadah ketika hujan yang baru turun kerana masih mengandungi banyak kotoran.
Air Permukaan
Air permukaan mempunyai dua jenis; air sungai dan air tasik. Pada umumnya air ini kotor disebabkan oleh lumpur, batang-batang kayu, daun-daun, kotoran industri, dan sebagainya.
a. Air Sungai
Sebelum digunakan sebagai air minum dan sebagainya, sumber tersebut haruslah diproses dengan rawatan yang sempurna kerana pada dasarnya air sungai ini mempunyai bakteria, lumut dan sebagainya.
b. Air Tasik
Kebanyakan air tasik ini berwarna yang disebabkan oleh adanya zaat-zat organisma yang telah membusuk.
Air Bawah Tanah
Air Bawah tanah terbahagi kepada tiga jenis; air pangkal tanah , air dalam tanah danmata air.
a. Air pangkal tanah
Cara yang sebaiknya untuk mengambil air dari pangkal tanah ini adalah dengan menggunakan paip dan kemudian air tersebut akan dipam keluar.
Cara yang sebaiknya untuk mengambil air dari pangkal tanah ini adalah dengan menggunakan paip dan kemudian air tersebut akan dipam keluar.
b. Air dalam
tanah
tanah
Kualiti dari air dalam tanah dalam pada umumnya lebih baik dari air pangkal, karena penyaringnya lebih sempurna dan bebas dari bakteria.
Mata Air
Adalah air tanah yang keluar secara semulajadi ke permukaan tanah. Maka air yang berasal dari dalam tanah, tidak terpengaruh oleh musim dan kualitinya sama dengan keadaan air dalam.
Dari segi kualiti, air minum perlu memenuhi syarat seperti berikut :
- Air tidak mempunyai warna
- Air tidak mempunyai bau
- Suhu air hendaknya di bawah sela udara sejuk ( kurang lebih 250C)
- Air harus jernih
Selain itu, air juga tidak boleh mengandungi zat kimia dan bakteria yang membahayakan kesihatan manusia. Air minum juga tidak boleh mengandugi bakteria-bakteria penyakit (patogen) sama sekali.
No comments:
Post a Comment