Wednesday, 17 December 2014
Monday, 8 December 2014
1.1 Pengenalan
Air merupakan satu daripada sumber semulajadi yang memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Bekalan air adalah kritikal untuk kehidupan dimana fungsi asas masyarakat juga memerlukan air contohnya untuk kebersihan iaitu kesihatan awam. jumlah air di bumi mengikut kajian ialah 1.4 x 10km pada 93 permukaan bumi 92.7% adalah air laut, 2.05% adalah air ais dan 0.65% ialah air permukaan. walaupun boleh dikatakan bekalan air mencukupi untuk semua negara di dunia pada masa sekarang tetapi kita perlu memikirkan risiko kekurangan sumber air pada masa akan datang.
Mengikut Malaysian Standards, MS 1228 kadar keperluan purata kegunaan air untuk satu orang ialah 225liter/seorang/sehari. Kadar ini bergantung kepada waktu dan tempat. Air digunakan untuk pelbagai jenis kegunaan yang boleh dikelaskan kepada beberapa kategori utama iaitu kegunaan aktiviti harian oleh orang awam domestik, kegunaan industri dan perbandaran, kegunaan bomba dan kehilangan dan pembaziran air juga harus diambil kira. Dua sektor utama dalam penggunaan air ialah kegunaan isi rumah dan kegunaan industri.
Subscribe to:
Posts (Atom)